Kelas Speed Typing

2 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 01 September 2020, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Speed Typing selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu peserta cara menaip dengan pantas dengan menggunakan kaedah yang betul dan senang diingati.

Peserta telah diminta untuk membuka laman sesawang www.speed typing online.com dan di situ mereka akan dilatih mengikut silibus yang terdapat pada laman tersebut. Pada akhir kelas, para peserta dapat mengingat kaedah perletakan setiap jari di papan kekunci dengan betul dan seterusnya dapat menaip dengan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali