Kelas Pendaftaran Online Pemilih SPR

25 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2020, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Pendaftaran Online Pemilih SPR bersama belia di Kg.Semangar Dalam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.15 pagi hingga 10.45 pagi. Atas sifat tanggungjawab,beliau telah datang berjumpa dengan staf Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara mendaftar diri kali pertama sebagai pemilih SPR secara atas talian. Pada akhir kelas,beliau telah berjaya mendaftarkan diri sebagai pemilih SPR dan juga mampu membantu belia seangkatan beliau untuk mendaftar juga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali