Kelas Pendaftaran MySejahtera Premis 1

5 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Ogos 2020, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Pendaftaran MySejahtera Premis 1 bersama pemilik kedai makan. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. Atas sifat tanggungjawab,Cik Gano Marlini telah datang berjumpa dengan staf Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara mendaftarkan kedai makan miliknya menggunakan aplikasi MySejahtera untuk kemudahan pengunjung dan pemilik kedai. Pada akhir kelas,Cik Gano Marlini telah berjaya mendaftarkan kedai makan miliknya,Kedai Makan Selera Gano dan memudahkan pelanggan yang hadir hanya perlu mengimbas QR Code MySejahtera sebelum masuk ke kedai beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali