Kelas E-Learning- Math Madness Sesi 1

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2019, bersamaan hari Jumaat, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas E-Learning- Math Madness Sesi 1 selama 3 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Kelas ini telah dihadiri seramai 7 orang peserta.

Untuk membantu kanak-kanak meningkatkan penguasaan kemahiran subjek matematik dengan menggunakan teknik yang lebih seronok dan berkesan.Selain itu,mereka juga dapat menyiapkan kerja rumah di sekolah dengan betul dan mudah. . Staf PI juga telah menggunakan saluran berilmiah di aplikasi Youtube bagi memudahkan mereka mempelajari sifir dan abakus. Pada akhir kelas,pelajar dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali