Kelas Youtube

25 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2019, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Youtube selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya kanak-kanak cara-cara penggunaan dan jenis video yang sesuai ditonton.

Mereka juga telah diterangkan dengan ikon-ikon yang ada pada Youtube serta fungsinya dan cara membuat akaun Youtube.Pada akhir kelas,pelajar diminta untuk menerangkan kembali apa yang dipelajari bagi menguji kefahaman mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali