Kelas Keusahawanan Bersama AIM Kg.Semangar

16 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2019, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kg.Semangar Dalam dan AIM Kg.Semangar telah mengadakan Kelas Keusahawanan Bersama AIM Kg.Semangar selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2 petang hingga 5 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaaan Nasi Arab.

Selain itu,kelas ini juga diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara usahawan AIM, staf Perpusatakaan Desa Kg.Semangar dan staf Pusat Internet. Taklimat KDB juga turut diadakan yang mana para usahawan telah diterangkan mengenai phishing dan scam. Pada akhir kelas, para peserta berasa seronok dan teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh kami.Para peserta juga dapat menimba ilmu baru mengenai KDB yang amat penting dalam melindungi aktiviti dan perusahaan keusahawanan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali