Kelas Website – Instagram (Memuat Turun Gambar Dan Video)

23 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2019, bersamaan hari Jumaat, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Website – Instagram (Memuat Turun Gambar dan Video) selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta cara-cara untuk memuat turun gambar dan video dari Instagram menggunakan laman insta-downloader.net dan downloader4insta.com bagi memudahkan mereka menyimpan gambar dan video.Pada akhir kelas,peserta telah diberi tugasan memuat turun 2 gambar dan 2 video dari akaun milik mereka sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali