Kelas Seni Hiasan Dalaman Di Pusat Internet Bersempena Hari Raya Aidilfitri

2 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Jun 2019, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Seni hiasan dalaman bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Pelajar-pelajar telah disediakan dengan bahan-bahan dan mereka bersama-sama berbincang tentang hiasan dalaman. Kelas ini telah dijalankan selama 5 jam bermula pada jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang seni hiasan dalaman bagi membangkitkan suasana Hari Raya sekaligus dapat menceriakan suasana di dalam pusat internet. Pada akhir kelas,para pelajar dapat menyerlahkan bakat mereka masing-masing dengan penghasilan kraf tangan seperti anyaman ketupat, lampu pelita dan pelbagai lagi. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka manfaat dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah sepanjang cuti persekolahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali