Kelas E-Learning - English Tahun 2 Sesi 2

3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Februari 2019, bersamaan hari Sabtu, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas E-Learning-English Tahun 2 Sesi 2 selama 3 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta. Kelas ini merupakan sambungan pada kelas semalam atas permintaan peserta sendiri.

Tujuan kelas kali ini diadakan adalah untuk membantu peserta meningkatkan pemahaman dan penguasaan dalam subjek English.Peserta diajar mengikut silibus yang diajar di sekolah. Staf PI telah menggunakan channel “English Singsing” di aplikasi Youtube bagi memudahkan mereka memahami setiap tatabahasa dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Pada akhir kelas,peserta berasa seronok dan berharap kelas seperti ini dapat diadakan lagi selepas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali