Kelas E-Learning - English Tahun 2 Sesi 1

2 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Februari 2019, bersamaan hari Jumaat, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas E-Learning- English Tahun 2 Sesi 1 selama 3 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Kelas ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta. Tujuan kelas kali ini diadakan adalah untuk membantu peserta meningkatkan pemahaman dan penguasaan dalam subjek Bahasa Inggeris.

Selain itu,pelajar diajar cara-cara belajar Bahasa Inggeris dengan kaedah yang mudah dan menyeronokkan. Peserta diajar mengikut silibus yang diajar di sekolah. Staf PI telah menggunakan channel “English Singsing” di aplikasi Youtube bagi memudahkan mereka memahami setiap tatabahasa dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Pada akhir kelas,peserta dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali