Kelas E-Learning – Matematik Tahun 2 Sesi 2

21 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2019, bersamaan hari Rabu, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas E-Learning- Matematik Tahun 2 Sesi 2 selama 3 jam bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 06.00 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta.

Kelas ini merupakan sambungan pada kelas sebelum ini yang bertujuan untuk membantu peserta meningkatkan pemahaman dan penguasaan dalam subjek Matematik.Selain itu,peserta diajar cara-cara belajar Matematik dengan kaedah yang mudah dan menyeronokkan. Peserta diajar mengikut silibus yang diajar di sekolah. Staf PI juga telah menggunakan saluran berilmiah di aplikasi Youtube bagi memudahkan mereka mempelajari sifir dan abakus. Pada akhir kelas,peserta dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali