e-Kelas Maxis English Year 6

24 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2019 bersamaan hari Jumaat,Tuisyen e-Kelas Maxis English Year 6 telah diadakan di Pusat Internet Kg.Semangar Dalam selama 1 jam bermula pada pukul 03.00 petang dan berakhir pada pukul 04.00 petang.Pada setiap hari Jumaat,mereka akan mempelajari subjek Bahasa Inggeris.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar dalam subjek-subjek teras yang dipelajari mereka di sekolah secara "live tutorial". Mereka dapat belajar,membuat aktiviti berkumpulan dan bertanya soalan pada guru melalui tuisyen ini. Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali