Kelas E-Learning Seni Lukisan Tahun Baru Cina Dan KDB

9 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Februari 2019, bersamaan hari Jumaat, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas E-Learning Seni Lukisan Tahun Baru Cina dan KDB selama 2 jam 30 minit bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 7 orang peserta.

Tujuan kelas ini diadakan adalah mencungkil bakat peserta dalam seni lukisan selain dapat memperkenalkan peserta kepada budaya dan adat kaum Cina.Peserta telah diberi kebebasan dalam mencari idea dan gambar contoh untuk dilukis dengan melayari internet.Pada akhir kelas,pihak pengurusan telah memberi taklimat dan menunjukkan tayangan video Klik Dengan Bijak kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali