Kelas Pengenalan Asas Komponen Komputer

6 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Julai 2019, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Pengenalan Asas Komponen Komputer. Pelajar telah dipertontonkan dengan video Pengenalan Asas Komputer di Youtube Channel. Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang komponen asas komputer seperti papan kekunci, tetikus dan monitor. Pelajar juga telah diberi latihan “word search” dan mewarna.

Pada akhir kelas, pelajar telah dapat mengenal komponen asas komputer dan mengetahui fungsi-fungsi komponen tersebut. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka manfaat dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali