Kelas Tajam Mata

3 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos 2019, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Tajam Mata Pelajar telah dipertontonkan dengan video permainan “Find the Difference” di aplikasi Youtube. Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam bermula pada jam 09.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji ketelitian dan ketajaman minda dan mata peserta dalam mencari perbezaan di dalam gambar melalui aplikasi Youtube>

Pada akhir kelas, pelajar dapat menguji ketajaman penglihatan dan kecekapan minda dalam mencari perbezaan antara gambar.Kelas ini juga memberi pengajaran kepada peserta untuk lebih peka akan perkara sekeliling. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka manfaat dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali