Kelas Multiplication Tables

20 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2019, bersamaan hari Selasa, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Mathsplash selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Kelas ini diadakan bertujuan membantu peserta dalam menghafal dan mengingat sifir.Kami telah meminta pelajar membuka halaman www.timestables.com dan peserta dapat menghafal serta menguji tahap hafalan melalui aktiviti dan permainan yang disediakan. Pada akhir kelas,peserta dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali