Misi Digital e-Kelas Maxis 2

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2019 bersamaan hari Sabtu, Misi Digital e-Kelas Maxis 2 telah diadakan di Pusat Internet Kg.Semangar Dalam selama 4 jam bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 02.30 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan misi digital kepada semua pelajar yang terlibat dengan e-kelas Maxis.Misi Digital e-kelas Maxis ini berlangsung selama 2 minggu.Pada misi minggu kedua,pelajar diminta melaksanakan 2 buah misi.Pada misi kedua,pelajar diminta menghias pusat internet dengan hiasan,rekaan atau binaan bersempena hari raya.Misi ketiga pula pelajar diminta untuk membuat esei yang bertajuk ‘Hari Perayaan Saya’.

Pada akhir kelas,pelajar dapat berkongsi idea dan menghasilkan rekaan hiasan yang kreatif selain seronok dapat berkumpul bersama-sama kawan-kawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali