Kelas Paint 3d

18 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2019, bersamaan hari Jumaat, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Paint 3D selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 7 orang peserta.

Kelas ini diadakan bertujuan memperkenalkan peserta kepada aplikasi Paint 3D.Pelajar telah diperkenalkan setiap ikon dan fungsi ikon tersebut dalam melukis dan mewarna gambar. Kami telah memberi tema ‘bebas’yang boleh dijadikan rujukan peserta untuk mencari gambar yang bersesuaian,mengedit dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing.Pada akhir kelas,peserta dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali