Penilaian E-Kelas Maxis (Tahun 6)

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019 bersamaan hari Sabtu,ujian penilaian Tuisyen e-Kelas Maxis telah diadakan di Pusat Internet Kg.Semangar Dalam selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 10.20 pagi dan berakhir pada pukul 11.50 pagi.

Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman para pelajar dalam subjek Matematik dan Sains bagi tahun 6 sepanjang tempoh pembelajaran selama 3 bulan melalui e-Kelas.Markah akan dinilai secara individu dan berkumpulan.Penilaian tersebut dijawab secara online melalui portal e-Kelas.

Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali