Penilaian E-Kelas Maxis (English)

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2019 bersamaan hari Jumaat,ujian penilaian Tuisyen e-Kelas Maxis telah diadakan di Pusat Internet Kg.Semangar Dalam selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman para pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris sepanjang tempoh pembelajaran selama 3 bulan melalui e-Kelas.Markah akan dinilai secara individu dan berkumpulan.Pelajar telah dinilai melalui ujian bertulis dan perlu menjawab selama 40 minit mengikut tahun dan tingkatan masing-masing.

Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali