Kelas Vocab Lesson

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 April 2019, bersamaan hari Jumaat, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Vocab Lesson selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kosa kata mereka dalam subjek Bahasa Inggeris melalui pembelajaran menggunakan platform Youtube.Peserta telah ditunjukkan video dari laman “English Sinsing” dan diminta mengikut sebutan yang betul dan menyalin kosa kata tersebut .Pada akhir kelas,peserta dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali