Misi Digital e-Kelas Maxis

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2019 bersamaan hari Sabtu, Misi Digital e-Kelas Maxis telah diadakan di Pusat Internet Kg.Semangar Dalam selama 2 jam bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan misi digital kepada semua pelajar yang terlibat dengan e-kelas maxis.Misi Digital e-kelas Maxis ini berlangsung selama 2 minggu.Pada misi minggu pertama,pelajar diminta membuat rekaan hiasan bertemakan Hari Raya di Pusat Internet.Rekaan ini dibuat secara berkumpulan tanpa mengikut umur dan dilukis di atas kertas mahjong.

Pada akhir kelas,pelajar dapat berkongsi idea dan menghasilkan rekaan hiasan yang kreatif selain seronok dapat berkumpul bersama-sama kawan-kawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali