Cabaran Mudah Sudoku Online

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2018, Pusat Internet Kg. Semangar Dalam, telah mengadakan cabaran mudah Sudoku online di dalam Bilik Latihan PI Kg. Semangar Dalam. Di dalam cabaran ini, para peserta telah diberikan teka-teki di dalam bentuk permainan Sudoku. Sekiranya berjaya menyelesaikannya, mereka akan diberi peluang untuk mara ke tahap yang lebih sukar.

Kebanyakan peserta berjaya menyelesaikan teka-teki yang diberikan dengan lebih pantas sebaik sahaja memasuki tahap yang seterusnya. Tujuan utama PI mengadakan aktiviti ini adalah bagi mengisi masa lapang ahli dan adakalanya ahli yang meminta PI untuk mengadakan apa jenis aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang mereka di PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali