Kelas Tayangan Patriotik

25 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2018, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas tayangan patriotik. Kelas ini diadakan untuk memberi gambaran dan memupuk semangat patriotik. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Kelas tayangan patriotik ini dijalankan dengan menghormati dan menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan bahawa bertuahnya masyarakat dan rakyat pada masa kini kerana negara telah merdeka 61 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali