Pertandingan Mobile Legend

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

12 Mei 2018, Pusat Internet 1 Kg. Semangar Dalam telah mengadakan satu pertandingan khas untuk belia. Pertandingan Mobile Legend merupakan pertandingan yang julung-julung kali diadakan di Pusat Internet. Pertandingan ini bertujuan menarik golongan belia untuk ke Pusat Internet, seterusnya memanfaatkan kemudahan Pusat Internet untuk pembangunan belia melalui medium internet. Pertandingan dengan format kalah-mati ini disertai oleh 3 kumpulan.

Pertandingan ini berlangsung dari jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. Pusat Internet Kg. Semangar Dalam akan sentiasa cuba melaksanakan aktiviti yang sesuai demi untuk menarik penyertaan daripada pelbagai pihak. Semoga dengan usaha Pusat Internet ini, hasilnya nanti akan memberi impak positif kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali