Kelas Google Maps

18 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2018, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas google maps. Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan asas dan juga membantu pelajar mengetahui peta tempat mereka tinggal. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kelas google maps ini dijalankan adalah untuk membantu mereka melihat kawasan yang mereka cari atau keadaan sekeliling sesuatu tempat. Kami mengajar cara mengakses google maps dan menerangkan bagaimana proses itu dijalanjkan. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan untuk mengetahui jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali