Advokasi & Tayangan Video

24 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mai 2018 (Rabu) yang lalu, Pusat Internet Kg. Semangar Dalam telah mengadakan aktiviti advokasi dan tayangan video. Sebelum memulakan aktiviti, peserta biasanya diberi taklimat advokasi. Taklimat ini adalah mengenai maklumat palsu yang tersebar luas di laman sosial. Selain itu, sesi tayangan video untuk aktiviti santai bersama staff Pusat Internet Kg. Semangar Dalam.

Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menarik budak-budak sekolah untuk menghabiskan waktu di Pusat Internet Kg. Semangar Dalam dan mengelakkan dari peserta meluangkan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi faedah kepada peserta. Ini adalah salah satu insiatif kami untuk membantu peserta dalam memenuhi jadual cuti sekolah mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali