Kelas MS Word

23 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2018, Pihak pengurusan Pusat internet kampung Semangar dalam telah mengadakan kelas MS Word. Kelas ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar sekaligus melancarkan ketangkasan menaip serta pelajar perlu mencipta dan menaip karangan menggunakan idea sendiri.Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT dalam mencari maklumat serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar. Pelajar diajar cara membuat karangan pendek dengan betul. Ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar sekaligus melancarkan ketangkasan menaip.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap Microsoft Word serta membantu pelajar mengenali perkakasan komputer dan memudahkan mereka melakukan kerja sekolah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali