Program Gotong Royong

19 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2018, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan program Gotong Royong. Program ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan saling membantu dalam kalangan penduduk di Kampung Semangar Dalam. Program ini berlangsung bermula dari jam 2.30 hingga 5.00 petang.

Aktiviti membersih dan mengemas adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan dengan penduduk kampung. Selain itu, generasi muda dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan mengelakkan mereka melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat pada diri mereka. Pihak pengurusan juga menyediakan minuman kepada komuniti yang bertungkus lumus menjayakan program ini.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali