Kelas Teka Simbol

14 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2018, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas teka simbol. Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar berkaitan simbol. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Kelas teka simbol ini dijalankan adalah untuk membantu mereka mengenali simbol-simbol yang digunakan seharian. Kami menunjukkan simbol agar mereka tidak keliru dan mengingatinya serta menggunakannya pada situasi yang betul. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberikan di sekolah untuk membuat karangan atau subjek yang berkaitan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali