Kelas (Postermywall)

13 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2018, Pihak pengurusan Pusat Internet Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas kolaj merdeka. Kelas ini Kelas Kelas Poster My Wall yang diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kreativiti peserta dalam penghasilan poster. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 tengahari hingga 5.00 petang.

Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan fungsi yang terdapat di dalam aplikasi Poster Mywall: Free Poster Online & Flyer Maker ini. Mereka telah diberikan tugasan untuk membuat satu poster yang mengandungi gambar dan perkataan bertemakan Jom Kembali Ke Sekolah. Mereka diberikan masa selama satu jam untuk menyiapkan poster tersebut dengan menggunakan segala peralatan yang terdapat di dalam laman Poster Mywall: Free Poster Online & Flyer Maker. Mereka telah di ingatkan agar tidak memasukan apa-apa gambar atau penulisan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada mereka kelak. Di akhir kelas multimedia ini,mereka telah berjaya menghasilkan poster berdasarkan tema yang telah ditetapkan dan mereka juga telah memahami setiap pelajaran berkaitan dengan poster online ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali